Rabu, 27 Mac 2013

PCOS : terjadi bila haid tidak teratur

Assalamualaikum...

Kelewatan datang bulan bagi setengah perempuan adalah perkara biasa. Tetapi andai masalah ini di biar tanpa ada sebarang rawatan atau penelitian secara terperinci akan mengundang sesuatu yang tidak baik untuk badan kita sbg orang perempuan. Sepatut nya ia tidak boleh di pandang remeh kerana ia boleh menjadi punca seorang wanita tidak boleh mendapatkan zuriat.


Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



SOALAN LAZIM


Siapa yang berisiko mendapat PCOS?

Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


Kekurangan hormon

  • Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


Kebal kepada insulin

  • PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


Faktor genetik

  • Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.



Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:


  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari



  • Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Masalah jerawat.
  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.
  •  Sukar hamil




  • Masalah haid @ period tidak stabil

    Assalamualaikum..

    " Ish..dah berapa bulan aku tak period ni..risau la,"
    " Kenapa lewat pulak bulan ni yer..check upt -ve,"
    " Badan aku naik..pastu perut lak buncit bila datang bulan tak menentu ni,"



    Itu antara ayat yang selalu kita dengar dari mulut seorang perempuan kan..Tidak kira la dah kahwin atau belum, bila Miss P tak berkunjung, perasaan risau tu tetap ada..Yang baru berkahwin mesti excited sbb igt dah lekat..Yang belum & akan berkahwin pula risau bila tidak stabil nanti boleh mengganggu untuk dapatkan zuriat.


    Semua wanita normal di dunia ini akan mengalami haid setiap bulan. Haid atau juga dikenali sebagai pendarah haid, datang bulan, atau uzur. Haid juga biasanya dikaitkan dengan dua permasalahan yang utama iaitu SENGGUGUT dan KITARAN HAID TAK STABIL.

    SENGGUGUT :

    Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit. Aku punya senggugut memang tahap teruk kot. Siap berguling-guling atas katil dengan lenguh2 kaki semua..






    KITARAN HAID TAK STABIL:

    Ini menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat. Bila bulan Jan kita datang bulan tapi 2 -3 bulan lepas tu kita macam orang mengandung yang memang tak datang bulan. Keadaan ini akan membuatkan kekotoran dalam badan terkumpul dan mendatangkan masalah kesihtan yang lain jika tidak diatasi dengan segera.





    Ada banyak faktor yang menyebabkan haid tak teratur. Antaranya ialah: 

    1. Berat badan tak stabil
    • Kalau badan korang senang naik,secara automatik hormon korang tak stabil. Bila hormon tak stabil, haid pun susah datang. Darah kotor dalam badan susah nak dibuang. Tak bagus untuk kesihatan ni.. Jadi cuba jaga ape yang korang makan tu. Cara terbaik ialah turunkan berat badan secara sihat.  

    2. Pola makan  
    • Selalu terjadi pada gadis2 yang terlalu obses nak kurus & nampak cantik tapi tak kena gaya. Sampai tahap berdiet yang teramat sangat, konon nya tak nak makan nasi (aneroxia), tapi bila makan je nak muntah. Badan tak leh nak accept makanan lagi (bulimia) atau pun korang terlalu obses untuk berdiet secara sihat, ni semua boleh kacau kitar haid.. Jangan sampai badan korang merajuk dengan korang ok.

    3. Melakukan aktiviti yang berat
    • Tak boleh buat kerja berat-berat. Korang kena dapatkan rehat yang cukup bila tarikh untuk period tu semakin hampir. Tiap-tiap bulan kan dah kira kat kalendar. Jadi take note bila masa korang akan period. However korang masih lagi digalakkan bersukan. Setakat berjogging atau berbasikal tu ok je. Dapat jugak melancarkan peredaran darah korang.

    4. Stres
    • Kalau korang selalu tertekan, selalu berpenyakit, selalu makan ubat. tak mustahil la period korang selalu lambat. Semua tu boleh menyebabkan menyebabkan hormon tak stabil. Hormon ni sangat penting untuk menstruasi. 


    5. Menyusu 
    • Ni bagi yang dah kawin dan ade baby je la. Kalau dah ade baby tapi menyusu baby tu lebih dari setahun pun period jadi tak teratur gak.

    6. Masalah kesihatan
    • Ni masalah ovum tak nak lepaskan telur dari rahim. Telur tu mesti cukup matang dulu sebelum dilepaskan.  


    Selasa, 26 Mac 2013

    "Sabarlah Hati" - ELLY MAZLEIN (LIRIK)

    dah lama tak post ape2 dalam blog ni..saya starting dengan video klip elly mazlein ni dulu k..terlalu banyak untuk dikongsi..