Rabu, 23 Januari 2013

Pecah kan lemak dengan LECITHIN..

Assalamualaikum..

Kali ni hajar nak kongsikan dengan anda semua mengenai produk hebat kami yg seterusnya..LECITHIN !!

Jom kita tengok.








Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.



Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Banyak kan kepentingan lecithin?
Saya sendiri dah mengambil nya..jom kita sama-sama consume dgn lecithin..



set slimming basic untuk mereka yang ingin bentuk badan yang menawan dalam masa yang sama memberikan sumber vitamin yg diperlukan oleh badan kita..


~anda nak cuba, tapi tak cukup budget??
~nak tahu info supplement yang bersesuaian dgn mslh yg anda ~hadapi??
~nak order ??
~nak join member??

blh hubungi saya :
ID : 908123
PM : Hajar Hazizi
SMS/WhatsApp : 014-2350870
Email : hajar8581@gmail.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug  Administration. These products are not intended to diagnose, treat,  cure, or prevent any disease." 

Isnin, 21 Januari 2013


KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-
Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
•   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.




testimoni set SLIMMING SHAKLEE..

Assalamualaikum...


Macam mana? Ada antara anda yang dah cuba supplement / vitamin shaklee? Pasti ada yang dah dapat merasakan nikmat nya bukan..Hajar nak kongsi dengan anda semua testimoni untuk SET SLIMMING SHAKLEE kami yang mendapat sambutan yang hangat..


Nak jadi macam dia? Jom ikut langkah-langkah ni :-

3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee 


LANGKAH PERTAMA : DETOX (HERBLAX/ALFALFA)







Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.



LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK (LECITHIN/OMEGAGUARD)




Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.






LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN







Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu





Macam mana? ada yang ingin cuba? Boleh hubungi saya untuk dapat kan harga yang istimewa..



~anda nak cuba, tapi tak cukup budget??
~nak tahu info supplement yang bersesuaian dgn mslh yg anda ~hadapi??
~nak order ??
~nak join member??
blh hubungi saya :
ID : 908123
PM : Hajar Hazizi
SMS/WhatsApp : 014-2350870
Email : hajar8581@gmail.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug  Administration. These products are not intended to diagnose, treat,  cure, or prevent any disease." 

Isnin, 14 Januari 2013

Euww..Keputihan...

Assalamualaikum...


"Aduh..tak selesanya. Bukan time datang bulan pun macam ni jugak ke?? Ape nak buat ni.."

                Mungkin itu ayat yang selalu kita dengar untuk mereka yang ada masalah keputihan kan?
Rasa tidak selesa, rimas, ada masa gatal & berbau. Sampai kan nak solat pun jadi was-was, nak2 kalau terlupa nak bawa pantyliner lebih. Pada mereka yang menghadapi masalah keputihan ni, panty liner adalah sahabat karib mereka. Hajar sendiri salah seorang daripada mereka. Tapi kita tidak boleh biarkan masalah keputihan ini berterusan kerana ia melibatkan masalah dalaman perempuan. Kalau yang dah berkahwin lagi la, rasa malu nak bersama dengan suami kan. 







Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini. 

Terdapat dua kategori keputihan yang ada :


  • Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

  • Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
hey,gadis!Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?
Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.


Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.


Anda sanggup melihatnya jadi begini?
Cegah sebelum terlambat.
Saya sudah, anda bila lagi???


~Perlukan khidmat konsultasi mengenai supplement yang sesuai bg masalah yang anda hadapi secara 
   percuma?
~anda nak cuba, tapi tak cukup budget??
~nak tahu info supplement yang bersesuaian dgn mslh yg anda ~hadapi??
~nak order ??
~nak join member??

blh hubungi saya :
ID                             : 908123
PM Facebook           : Hajar Hazizi
SMS/WhatsApp        : 014-2350870
Email                         : hajar8581@gmail.com








1001 kelebihan supplement ALFALFA


ASSALAMUALAIKUM...




Ingat tak dalam entri yang sebelum ini saya ada kongsi kan dengan anda, saya baru consume dengan GLA ?
Baru tiga hari saya ambil vitamin GLA ni..masih dalam proses pemulihan lagi..tapi, kesan vitamin C dan supplement2 yang sebelum ini menunjukkan perubahan yang positif..saya list kan apa yang berlaku yer :


  1. dah tak perlu guna kan panty liner lagi..sesekali je la bila ada aktiviti yang lasak sahaja.kalau tak mesti susah hati sebab tak selesa & bila nak solat jadi was-was.
  2. kulit semakin halus mulus gitu..selalu pegang hidung rasa biji2 je..ni dah licin, kalau ada pun sikit-sikit je la.muka pun dah tak berminyak.
  3. breast terasa mantap kesan dari vitamin ALFALFA..ini BONUS! hihii..kalau yang menyusu kan anak mmg terbaik la mkn alfalfa...
  4. proses pembuangan yang lancar.. badan rasa ringan.
  5. yang penting MESTI minum air lebih.. at least 2liter air masak untuk membantu penyerapan supplement yang lebih berkesan. selain itu, pengambilan air yang bantak ini adalah untuk mengatasi HEALING CRISIS yang mungkin di alami oleh sesetengah mereka.

Hajar kongsi info tentang alfalfa dengan anda semua yer..

khas untuk anda yang ingin mencuba alfalfa :)

Alfalfa tumbuhan 1001 fungsi, bukan untuk ibu yang menyusukan anak je tauu!! Antara fungsi alfalfa yang wajib anda tahu dan ingat :

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma

9. Mencuci usus bagi membuang toksik <-- sesuai sangat pada siapa yang ingin KURUS
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah 
      pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita). <-- memang TERBUKTI berkesan!

13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita). <--- seperti yang saya rasa.
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita). <-- terasa seperti malam 

       pertama
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan<-- bagus untuk yang ada sembelit
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
20. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.








Jadi ape yang anda tunggu lagi?
Segera hubungi saya untuk mendapat kan harga yang istimewa.
Nak tanya pasal produk lain or tawaran yang lain punboleh.
Nak jadi ahli pun saya boleh bantu.

ID : 908123
FB : HAJAR HAZIZI
SMS/WhatsApp : 014-235 0870
EMAIL : hajar8581@gmail.com
BLOG : rezekifamily.blogspot.com



DISCLAIMER :* These statements have not been evaluated by the Food and Drug  Administration. These products are not intended to diagnose, treat,  cure, or prevent any disease." 




Jumaat, 11 Januari 2013

Shaklee Pilihanku..

Assalamualaikum..

              First entry hajar dah bgtau yang hajar adalah pengedar sah untuk produk Shaklee kan?
Nak tahu macam mana boleh terjebak? wah...terjebak gitu..dah macam apa je dah bunyi nya..hihi..
Actually Hajar ada masalah keputihan... Nak kata teruk tu, tak ada ler sangat. tapi still buat Hajar rasa tak selesa..Paling tak selesa bila nak solat..memang kadang tu sampai rasa was-was nak solat.. Panty liner memang sentiasa pakai pun.. Nak tidur pun kadangkala pakai juga.. Yup, Hajar tau, pemakaian terlalu kerap pun tak elok bagi orang yang ada keputihan.

              Jadi , bila dah tak tahan sangat mula lah Hajar search apa yang perlu Hajar buat bagi atasi masalah ni..time tu, macam-macam lah produk yang dicadangkan..tapi tak tahu kenapa dalam kepala ni terbayang Shaklee..serius, Hajar bukan cakap kosong.. Kebetulan mama Aysha Zachary (my upline) banyak pos pasal produk Shaklee.. Terus tanya pada dia, sebab before this dah tau yang Alfalfa adalah vitamin terbaik untuk rawat keputihan. Jadi , Hajar deal la dgn dia.. Senang sangat deal dgn Mama Aysha Zachary..banyak info yang Hajar..dia juga la yang banyak bg support untuk hajar teruskan dengan join Shaklee.

              Bila sampai sahaja barang yang Hajar order (Alfalfa, Lecithin, Herblax) , esok nya terus cuba..Hari pertama makan okey..masuk hari yang seterusnya, mula berlaku healing crisis..fuh, dia punya mengantuk tahap maksimum..kalau Hajar ni jenis tak kuat semangat rasa nya dah stop amik produk tu..hehehe.. tapi teruskan jugak..Hajar baca pasal healing crisis yang mama suruh tengok..baru lah paham kenapa benda-benda tu semua berlaku.. So, just terus kan jer pengambilan supplement tu. Peringatan kat sini, siapa-siapa pun yang mengambil supplement, memang perlu lebih kan pengambilan air kosong sehari yer. Sekurang-kurang nya 3 liter sehari..ini bagi membantu proses detox segala toksin2 dalam badan kita yang dok terperap lama tak nak keluar kan..hahaha..padan muka, kan dah kena paksa keluar..

              Selain daripada masalah keputihan, set yang Hajar consume ni adalah untuk menurunkan berat badan juga. Herblax merupakan vitamin yang membantu proses detox dan clearkan usus kita. Then Lecithin yang di makan itu akan membantu memecahkan lemak..badan kita perlu kan lecithin tapi tak mampu nak hasilkan..so, supplement ni membantu..segala toksin dan lemak tu nanti akan dikeluarkan secara senang..sbb apa? Alfalfa lar yang akan menjalankan kerja nya..Ia akan meransang usus untuk proses perkumuhan dan seterusnya melalui pembuangan...

              Perubahan? Masih dalam proses consume lagi..Nak kurus bukan dengan sekelip mata..perlu sabar dan yakin serta tawakal..biar berlaku secara perlahan dalam masa yang sama kita jalani kehidupan yang sihat. Lihat pada diri sendiri seperti tiada perubahan saja. tapi bila cuba sarung kan balik baju yang selama ni ketat untuk dipakai, tapi boleh disarung kan sekarang..Hajar rasa teruja..mak Hajar pun siap tersengih2 tengok Hajar boleh pakai baju tu.. Syukur alhamdulillah, Hajar suka sangat..bukan itu aje, perubahan pada kulit pun ada tau. jerawat dah kurang naik.. cik B pun jadi mantop..betul,hajar tak bohong..orang yang badan besar macam hajar ni kan , cik B akan nampak macam menggeleberkan..tapi skrg nampak up sikit..hihihi..tu belum cuba ESP lagi..adik hajar yang makan alfalfa sekali pun cakap benda yang sama..

              Hajar terus bgtau dengan mama Aysha hajar nak join Shaklee..Hajar teruskan pula dengan supplement untuk stabilkan hormon sebab dah lama tak datang period.. Moga usaha yang ini pun akan berhasil. Kalau ada perubahan , Hajar share lagi..korang teruja tak baca cerita Hajar yang tak seberapa ni??
Just leave your message kat Hajar..Insya Allah Hajar akan balas and bantu..


  • ID : 908123
  • Email : hajar8581@gmail.com
  • SMS/WhatsApp : 014-235 0870
  • FB : Hajar Hazizi



Selasa, 8 Januari 2013

Shaklee Pilihan Terbaik untuk kesihatan

Assalamualaikum w.b.t Ini entry pertama utk blog RezekiFamily ni.. Tujuan blog ni di buat adalah kerana ingin berkongsi dengan semua tentang produk kesihatan/makanan tambahan/vitamin yang amat laris sekarang.. Saya sendiri memang pengguna produk Shaklee..alhamdulillah.. Berkesan dan amat berpuas hati..tu cerita lain nanti okey..
Saya juga adalah "Shaklee Independent Distributor" yang sah.. Sebarang pertanyaan mengenai info produk atau ada kekangan budget utk mencuba.. Hubungi saya, Insya Allah saya bantu.. Nak join jadi ahli pun boleh..

ID : 908123
FB : Hajar Hazizi
Emel : hajar8581@gmail.com
SMS/WhatsApp : 014-2350870
COD : Pagoh/Pagoh Jaya/Muar/Bukit Pasir